Ramai keliru dengan apa yang disebarkan oleh beberapa media tempatan baru-baru ini. Serta masih ramai yang beranggapan bahawa merokok dengan rokok elektronik ini boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk berbanding merokok secara konvensional (rokok tembakau).
Bagi penulis, kekeliruan ini bukan sahaja berlaku di negara kita sahaja (Malaysia), namun di seluruh pelusuk dunia. Sesetengah negeri di Amerika Syarikat masih lagi mengharamkan kemasukan e-cigs, Israel juga menggunakan dasar yang sama. Bagi UK mereka cuma mengharamkan produk-produk yang berasal dari negara China kerana terdapat banyak kes melibatkan peranti tersebut bermasalah.
Sebenarnya, sehingga kini masih belum ada akta atau undang-undang melibatkan peranti rokok elektronik ini. Namun Kerajaan Malaysia mengambil langkah terbuka, penggunaan adalah terpulang pada individu itu sendiri manakala sebarang penjualan tidak diharamkan, namun cecair (e-liquid) terutamanya yang mengandungi nikotin perlulah didaftar atau dalam erti kata lain mendapat permit dari ahli farmasi dan kesihatan. Pihak Kastam juga tidak menghalang sebarang pembelian dari negara asing yang mana pembelian tersebut dibeli secara online, juga tidak menahan peranti tersebut masuk kerana ianya dkategorikan sebagai gajet aksesori komputer. Namun bagi pihak kastam, prosedur untuk bahan e-liquid tetap akan melalui proses pemeriksaan oleh ahli farmasi untuk mengesahkan kandungan adalah sepeti yang tertulis.
Selain itu, peperangan antara pro e-cigs dan anti-ecigs semakin berlarutan, walaupun sesama bloger. Apa yang melucukan ialah, ada individu mengatakan e-cigs lebih membawa kepada punca penyakit kronik berbanding rokok. Ini satu tuduhan melulu tanpa usul periksa, memandangkan e-cigs hanya mengandungi nikotin yang mana ianya salah satu komponen racun yang terdapat dari 4000+ racun yang ada di dalam rokok tembakau. Apa lagi jika e-liquid tersebut mempunyai 0mg kandungan nikotin. Buka mata buka minda
Dari pengalaman penulis, pernyataan mengatakan peranti ini mampu untuk memberhentikan terus tabiat merokok mungkin kurang berkesan. Tetapi sekiranya objektif rokok elektronik adalah untuk mengurangkan tabiat merokok dengan rokok tembakau dan berjimat, itu adalah lebih berkesan kerana boleh dilihat di mana-mana perokok e-cigs yang rata-rata telah berubah. E-cigs bukanlah pengganti kepada rokok tembakau namun adalah satu alternatif lain untuk mengurangkan tabiat merokok yang nyata membawa penyakit kepada perokok serta orang yang berada di sekitarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan