Rabu, 3 April 2013

Apa itu rokok elektronik atau e-cigs?

(Gambar adalah hak milik sepenuhnya
oleh V2Cigs dan bukan penulis)
Rokok elektronik, juga dikenali sebagai  e-cigarettepersonal vaporizerPV atau e-cigs, ianya merupakan satu alat yang digunakan untuk menyedut wap hasil dari cecair khas yang diwapkan melalui proses pengewapan, ianya sama seperti satu simulasi ketika seseorang sedang merokok dengan rokok konvensional. Rokok elektronik belum lagi dipasarkan sebagai pengganti rokok atau penggantian rokok tembakau di kebanyakan negara. Mungkin ada persamaan antara yang konvensional dan beberapa rokok elektronik dalam reka bentuk fizikal dan pembebasan nikotin, yang mana ianya juga boleh menyamai jumlah nikotin yang sama seperti rokok konvensional. Namun terdapat juga banyak produk rokok elektronik yang langsung tidak menyerupai rupa bentuk asal rokok konvensional pada semua segi. Jumlah nikotin yang terkandung juga boleh dipilih oleh pengguna, dan majoriti pengguna memilih untuk cecair khas yang tidak mengandungi nikotin. 
          Manfaat dan risiko penggunaan rokok elektronik masih tertakluk kepada "ketidakpastian" di kalangan organisasi-organisasi kesihatan dan penyelidik. Ini disebabkan oleh banyak pendapat-pendapat yang bercanggah sesama mereka. Namun, majoriti pengkaji mendapati penggunaan e-cigs ini dapat mengurangkan jumlah kandungan merbahaya yang terdapat di dalam rokok konvensional. Kajian Kawalan juga didapati masih belum ada atau belum disebarkan atau didengar di mana-mana, memandangkan ciptaan peranti-peranti ini masih agak terlalu baru. Undang-undang yang berbeza mengenai penggunaan dan penjualan rokok elektronik dan cecair khas, masih belum menemui penyelesaian di mana perbahasan yang berterusan di kebanyakan rantau masih lagi berterusan. Walaupun begitu, kebanyakan negara masih tidak membenarkan penjualan e-cigs ini kepada remaja yang berumur di bawah 18 tahun kebawah.
                  Bagi penulis, ini terpulang lah kepada individu untuk memilih yang mana adalah pilihan terbaik. Walau bagaimanapun, para pengguna dan terutamanya individu yang baru ingin berjinak-jinak dengan e-cigs ini harus lebih berhati-hati dalam membuat pilihan produk yang terbaik, berkualiti dan terjamin. Kerana terdapat banyak penipuan di luar sana melibatkan peranti yang berkualiti rendah dengan tawaran harga yang begitu rendah tetapi boleh mendatangkan kemudaratan dan bahaya kepada pengguna. Mencuba tiada salahnya, mungkin anda mampu untuk mengurangkan tabiat merokok melalui e-cigs ataupun mampu untuk mengurangkan kos melaluinya, namun kebijaksanaan kita memilih produk bermutu adalah diutamakan.

Sumber rujukan utama : http://en.wikipedia.org/wiki/Electronic_cigarette


Tiada ulasan:

Catat Ulasan